
Article
Keratan Akhbar Pilihan Hulur Sumbangan Rm30 000 Hasil Menang Saman Ke Atas Papagomo
Kuala Lumpur, 18 November 2025 - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan sumbangan RM30,000 kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia...
Kuala Lumpur, 18 November 2025 - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan sumbangan RM30,000 kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil wang bayaran kos atas langgar perintah injunksi saman fitnah ke atas penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
Tan Sri Razarudin berkata, sumbangan yang diberikan itu khusus bagi menyokong operasi pusat berkenaan yang memerlukan perbelanjaan bulanan tinggi serta melibatkan 16 tenaga pengajar bagi sesi pagi dan petang.
Menurutnya, sebelum ini beliau turut menyumbang sebanyak RM25,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis, membabitkan bayaran sebanyak RM15,000 dan RM10,000.
“Pusat Autisme ini tidak mendapat keuntungan. Setiap bulan kita terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk menampung operasi,” katanya kepada media selepas sesi penyerahan sumbangan bantuan kepada Pusat Autisme PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.