
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Hormati Hak Rakyat Sebarang Tindakan Polis Ikut Undang Undang
Kuala Lumpur, 18 November 2025 - Kerajaan menegaskan komitmen untuk menghormati hak rakyat mengadakan perhimpunan aman, namun pada masa sama menekankan keperlu...
Kuala Lumpur, 18 November 2025 - Kerajaan menegaskan komitmen untuk menghormati hak rakyat mengadakan perhimpunan aman, namun pada masa sama menekankan keperluan penganjur mematuhi peraturan notis baharu iaitu sekurang-kurangnya lima hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah berkata, justeru keputusan mahkamah berhubung kes-kes berkaitan perhimpunan aman adalah jelas dan kerajaan sentiasa menghormati proses berkenaan.
“Apapun yang berlaku, kita sangat memahami keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Peraturan lama menetapkan tujuh hari sebelum untuk membuat permohonan, tetapi peraturan baharu ialah lima hari sebelum. Ini perlu dipatuhi.
“Dalam keadaan kerajaan memberikan hak kepada rakyat berhimpun (tapi dalam masa yang sama) kita hormati keputusan dibuat oleh mahkamah.
“Justeru kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap membuat risikan dan pemantauan supaya isu-isu atau kegiatan melanggar peraturan ini dapat ditangani dengan baik dan tersusun.
“Oleh itu sebarang tindakan dibuat oleh PDRM kekal dan tetap mematuhi undang-undang dan tidak akan sesekali melanggar peraturan kerana PDRM sangat patuhi pada prosedur operasi standard ditetapkan bagi menghormati hak rakyat dan dalam masa yang sama menjaga keamanan negara,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.