Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hentikan Keganasan Terhadap Wanita

Published: 27 Nov 2023 3.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Sejak tahun 2000, 25 November dipilih sebagai Hari Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita melalui resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hentikan-keganasan-terhadap-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:37 MYT
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Sejak tahun 2000, 25 November dipilih sebagai Hari Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan Terhadap Wanita melalui resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kempen itu bertujuan menjemput kerajaan, pertubuhan antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama menganjurkan aktiviti bagi meningkatkan kempen kesedaran, advokasi dan menggalakkan perkongsian maklumat serta inovasi dalam mencegah dan membasmi keganasan terhadap wanita di seluruh dunia.

Tema warna oren atau jingga juga dipilih sebagai lambang solidariti terhadap kempen ini kerana ia melambangkan masa hadapan yang lebih cerah dan bebas daripada keganasan khususnya untuk wanita.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menggerakkan kempen itu dengan tema Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di peringkat Antarabangsa iaitu "UNi-TE! Inoest to Preuent Violence Against Women and Girls".

Tema itu menyeru rakyat untuk menunjukkan betapa mereka perlu mengambil berat menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan serta menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk melabur dalam pencegahan keganasan berasaskan jantina.

KPWKM turut bekerjasama dengan United Nations Population Fund (UNPFA) dalam melaksanakan program International Day for the Elimination of Violence Against Women sebagai langkah menyahut saranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukri dalam usaha memastikan toleransi sifar terhadap sebarang jenis keganasan.

Jumaat malam lalu, Menara Kuala Lumpur turut disinari dengan lampu berwarna oren iaitu warna global tanda solidariti bagi menamatkan keganasan terhadap wanita.

la disusuli dengan Majlis Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada 25 November yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang di sini, yang disempurnakan oleh Dato Sri' Hjh. Nancy.

Ikuti bacaan lanjut tentang kempen tingkatkan kesedaran bagi lindungi hak golongan wanita menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text that says 'Hentikan keganasan terhadap wanita Nancy KPWKM laksana pelbagai kempen kesedaran, hak golongan hawa bu- olo
ArticlePublished 27 Nov 2023 3.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM