Walau dibadai simpang-siur peluru hidup, unit elit milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 69 Komando akan tetap mara menumpas musuh!
Sesukar mana, tiada istilah gagal dalam misi mereka. Selagi nafas dihela, tekad mereka berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi agama, bangsa dan negara.
Ikuti wawancara khas bersama Komander Skuadron Delta 69 Komando, DSP Mazlan Mohamed menceritakan kesiap siagaan unit elit berkenaan dalam menambah ilmu pengetahuan, kecekapan dan kemahiran melalui program-program latihan serta kursus untuk melahirkan "high value individuals" demi memastikan kedaulatan tanah air kekal terpelihara selamanya.
