
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tahniah Kuda Merah Pdrm Ungguli Tiga Gelaran
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM)melakar kejayaan cemerlang apabila menyapu bersih tiga gelaran Kejohanan Grand Fi...
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM)melakar kejayaan cemerlang apabila menyapu bersih tiga gelaran Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mohd Amirul Ariffin pula meraih Tali Pinggang Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) selepas menewaskan Can Sek dari Laos menerusi kemenangan secara kiraan mata dalam pertarungan tiga pusingan.
Bakat baharu Nizam Maarof Jeoffery pula memenangi Trofi Sup Meletup selepas menyingkirkan petinju Tebuan Mas Kedah, Shazwan Ahmad Sheir Mohamad yang tewas akibat pukulan "knockout" pada pusingan pertama.
Jurulatihnya, Mohamad Ridhwan Mat Zain bersyukur dengan kejayaan anak-anak buahnya setelah mengerah seluruh tenaga dan berkorban masa menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah. Amat berpuas hati dengan kemenangan ini. Berbaloi dengan penat lelah petinju yang bersungguh-sungguh menjalani latihan.
“Mereka diberi rehat selama dua hari bagi menjalani proses pemulihan dan kembali menjalani latihan untuk kejohanan di Johor pada Januari tahun depan," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.