Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 217 Pdrm Dapat Premis Ipk Dan Ipd Baharu

Published: 26 Mar 2024 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima beberapa bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di beberapa negeri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-217-pdrm-dapat-premis-ipk-dan-ipd-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:50 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima beberapa bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di beberapa negeri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi bangunan IPK baharu, ia melibatkan Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang di bawah peruntukan lama dan projek sambungan selain peruntukan baharu.

“Kita juga ada beberapa siri IPD baharu antaranya IPD Kapit dan IPD Padang Besar. Senarai ini ditentukan Bahagian Logistik Bukit Aman yang dibentangkan menerusi pelan strategik.

“Justeru, proses ini melibatkan dari negeri kepada daerah dan seterusnya turun ke balai polis, malah pos kawalan,” katanya pada sidang akhbar pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini semalam.

Beliau berkata, pada masa sama Kementerian Dalam Negeri juga berjaya menyiapkan sebanyak 151 pos kawalan Polis Gerakan Am di seiuruh negara dengan peruntukan RM45 juta.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 26 Mar 2024 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM