Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 217 Pengorbanan Khidmat Bakti Sang Saka Biru Terus Disanjung

Diterbitkan: 25 Mar 2024 12.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Menginjak usia 217 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), peranan serta pengorbanan Pasukan keselamatan negara itu memelihara keamanan dan kehormanian negara terus dihargai dan disanjung masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-polis-ke-217-pengorbanan-khidmat-bakti-sang-saka-biru-terus-disanjung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:35 MYT
Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Menginjak usia 217 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), peranan serta pengorbanan Pasukan keselamatan negara itu memelihara keamanan dan kehormanian negara terus dihargai dan disanjung masyarakat.
Sambutan Hari Polis Ke-217 yang masih mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', diraikan serentak di seluruh negara hari ini turut menjadi ruang kepada masyarakat pelbagai lapisan untuk menzahirkan penghargaan selain memperingati khidmat bakti Pasukan Sang Saka Biru itu.

Di ibu negara, Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Sambutan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis, di sini yang turut dimeriahkan dengan persembahan 'Subuh Berdarah' berkisarkan tragedi pertempuran polis dengan komunis di Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 1949.

Di Perak, Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengingatkan semua anggota polis supaya terus meningkatkan integriti serta berkhidmat dengan rasa penuh tanggungjawab demi memastikan keselamatan negeri dan rakyat sentiasa dijaga.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2282516

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 217 Pengorbanan Khidmat Bakti Sang Saka Biru Terus Disanjung
ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2024 12.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM