Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2023 Saya Mahu Warisi Khidmat Jasa Bapa

Published: 02 Aug 2023 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Inspektor Mohd Farizul, 29, adalah anak sulung kepada Allahyarham Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon yang terkorban dalam tragedi pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Air Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2023-saya-mahu-warisi-khidmat-jasa-bapa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:15 MYT
Putrajaya, 2 Ogos 2023 - Walaupun bapanya terkorban dalam pertempuran, namun sama sekali tidak mematahkan semangat Inspektor Mohd Farizul Hilmi Abd Azis untuk membina kerjaya sebagai seorang pegawai polis.

Inspektor Mohd Farizul, 29, adalah anak sulung kepada Allahyarham Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon yang terkorban dalam tragedi pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Air Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013.

Dia yang kini bertugas di Pasukan Gerakan Udara Subang berkata, peristiwa yang mengorbankan nyawa bapanya itu tidak akan dilupakan.

“Kalau diikutkan, bapa saya sendiri tidak begitu menggalakkan saya menjadi pegawai polis, namun minat itu datang kemudian yang mendorong saya memohon untuk menjadi polis.

“Saya mahu mewarisi khidmat dan jasa bapa sebagai anggota polis yang diangkat sebagai hero atas pengorbanannya dalam mempertahankan negara,” katanya.

Menurutnya, dirinya berasa terharu kerana dia dan ibunya, Siti Bandorah Mahalil, 49, dijemput untuk menghadiri istiadat berkenaan yang turut memperingati jasa bapanya dalam pertempuran itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, headscarf and text that says 'ιοκαι HARI PAHLAWAN 2023 'Saya mahu warisi khidmat, jasa bapa' Oleh Nurul mendoro
ArticlePublished 02 Aug 2023 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM