Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Prn 225 Laporan Polis Seluruh Negara Kpn

Diterbitkan: 02 Aug 2023 1.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sebanyak 225 laporan diterima Polis Diraja Malaysia membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bermula pada 29 Julai lalu sehingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-225-laporan-polis-seluruh-negara-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:23 MYT
Petaling Jaya, 2 Ogos 2023 - Sebanyak 225 laporan diterima Polis Diraja Malaysia membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bermula pada 29 Julai lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah 19 kertas siasatan dibuka dengan berbagai seksyen kesalahan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Kedah merekodkan aduan tertinggi dibuat dengan sebanyak 93 laporan dibuat diikuti Selangor sebanyak 81 laporan.

Selain itu, kata beliau, sebanyak 31 laporan lagi dibuat di Terengganu diikuti Negeri Sembilan (24 laporan) selain di Kelantan (22 laporan); Pulau Pinang (empat laporan).

“Daripada itu, sebanyak enam kertas siasatan (KS) dibuka di Selangor diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing empat siasatan dilakukan.

“Di Terengganu kita buka tiga kertas siasatan diikuti Negeri Sembilan dan Kelantan masingmasing satu KS sahaja dibuka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, kata Tan Sri Razarudin, sebanyak sembilan daripada 19 kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat diikuti empat kes lagi mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebanyak dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang di Terengganu dan tujuh lain disiasat mengikut Seksyen kesalahan lain-lain,” jelasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2023 1.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM