Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Peluru Macam Hujan Atas Kepala

Diterbitkan: 20 Aug 2021 7.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lipis, 20 Ogos 2021 - Berpuluh-puluh peluru melintas di atas kepala ketika serangan malam, kekal menjadi pengalaman cemas seorang warga emas ketika mempertahan tanah air dalam tempoh darurat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2021-peluru-macam-hujan-atas-kepala
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:33 MYT

Lipis, 20 Ogos 2021 - Berpuluh-puluh peluru melintas di atas kepala ketika serangan malam, kekal menjadi pengalaman cemas seorang warga emas ketika mempertahan tanah air dalam tempoh darurat.

Bekas pengawal kampung (home guard), Encik Kamarudin Li, 82, berkata detik cemas itu dialaminya dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Katanya, beliau masih mengingati dengan jelas pertempuran kira-kira jam 9.30 malam bersama 10 anggota lain.

"Peluru macam 'hujan' melintas beberapa inci atas kepala saya. Pasukan diketuai Allahyarham Nong Taib Santan atau lebih dikenali sebagai Pawang Nong bertempur hampir sejam.

"Seorang pengganas komunis ditembak mati dan beberapa rakannya cedera, berdasarkan kesan darah yang dikesan," katanya ketika ditemui.

Beliau pernah ditugas membawa bot angkut polis dan untuk kegunaan penduduk Kuala Lipis ke Kuala Medang ketika darurat.

"Kami berkhidmat tanpa gaji tetapi tetap sanggup menggadai nyawa mempertahan tanah air dalam suasana kehidupan yang susah pada waktu itu," katanya.

Bagi mengenang jasanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan inisiatif Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Nor, membina rumah secara gotong-royong untuk Encik Kamaruddin, dianggar berharga RM80,000 awal tahun ini dan sudah boleh diduduki.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Kempen Bulan Kemerdekaan 'Peluru macam hujan atas kepala' 'Peluru macam hujan' melin- b

ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2021 7.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM