Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2021 Jejak Perwira Lawatan Menyantuni Penerima Darjah Dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan

Diterbitkan: 20 Aug 2021 5.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 20 Ogos 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass meluangkan masa menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara polis yang masih hidup melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 di sekitar Lembah Klang, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2021-jejak-perwira-lawatan-menyantuni-penerima-darjah-dan-bintang-gagah-perkasa-persekutuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:41 MYT
Petaling Jaya, 20 Ogos 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass meluangkan masa menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara polis yang masih hidup melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 di sekitar Lembah Klang, pagi tadi.

Dalam kunjungan tersebut, Dato' Zaini telah menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dan sumbangan kepada penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.), pesara ACP Song Leng Kah dan penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B.), pesara Sub Inspektor Haji Salihuddin Saisi di kediaman mereka. 

Turut menerima kunjungan dan sumbangan adalah pesara Superintendan Datuk Paul Kiong, yang sebelum ini telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke VII, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'In Billah Ibni Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 1 Jun 1983 atas keberanian dan pengorbanan beliau dalam operasi menentang komunis.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Sulaiman Salleh, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Tuan Abd Khalid Othman, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar

May be an image of 1 person, standing and text that says '@HA PDRM'

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person, standing, indoor and text

May be an image of 1 person, standing, sitting and indoor

ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2021 5.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM