Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Guna Plat Fancy Polis Juga Akan Diburu

Published: 16 Dec 2020 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 16 Disember 2020 - Pegawai dan anggota polis tidak terlepas dikenakan tindakan jika didapati menggunakan plat nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi atau ‘fancy’ seperti ditetapkan pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-guna-plat-fancy-polis-juga-akan-diburu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT
Johor Bahru, 16 Disember 2020 - Pegawai dan anggota polis tidak terlepas dikenakan tindakan jika didapati menggunakan plat nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi atau ‘fancy’ seperti ditetapkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, perkara itu tidak terkecuali kepada agensi penguatkuasaan lain. Katanya, polis akan memburu kesalahan itu tanpa memilih bulu.

"Plat nombor pendaftaran kenderaan ‘fancy’ ini bukan sahaja dalam kalangan orang awam tetapi dikesan melibatkan anggota serta pegawai polis. "Kita akan bermula di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk kesan kesalahan itu. Kita tidak akan bertolak ansur" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini semalam.
Menurut Dato’ Ayob Khan, tindakan mengubah nombor plat kenderaan dan tanpa mengikut piawaian ditetapkan dengan maksud tertentu sehingga mengelirukan atau sukar dibaca menyebabkan banyak implikasi. "Lebih serius adalah penglibatan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman pada nombor kenderaan menyebabkan individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang. "Jika sabit kesalahan pemilik kenderaan menggunakan plat nombor pendaftaran ‘fancy’ ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan 1987 iaitu denda tidak melebihi RM3,000," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.


Image may contain: text
ArticlePublished 16 Dec 2020 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM