Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pdrm Kesan Penyeludup Guna Dron

Diterbitkan: 16 Dec 2020 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Kayu Hitam, 16 Disember 2020: Penggunaan dron banyak membantu mengesan kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand selain kawalan ketat di sekitar kawasan pagar sempadan negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-pdrm-kesan-penyeludup-guna-dron
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:47 MYT
Bukit Kayu Hitam, 16 Disember 2020: Penggunaan dron banyak membantu mengesan kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand selain kawalan ketat di sekitar kawasan pagar sempadan negara ini.

Komander Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman banyak membantu dalam melakukan tugas di kawasan yang dikenal pasti sebagai hot spot berlakunya penyeludupan di sempadan.

Beliau berkata, imej pergerakan yang dirakamkan melalui dron boleh dikesan pada waktu malam dan siang sejauh 15 kilometer dan boleh mengesan pergerakan haiwan dan manusia dalam imej infrared.

"Banyak kejayaan penyeludupan terutama daun ketum yang kita dapat sepanjang bulan ini dengan bantuan Unit Dron yang kemudian disalurkan kepada anggota yang bertugas mengawal pagar sempadan untuk mengambil tindakan di kawasan yang dikenal pasti.

"Selain itu, kawasan sempadan diperketatkan dan kini dijaga oleh pasukan Batalion 2 PGA Kulim sepanjang 109 kilometer dari Martek Taktikal Bukit Kayu Hitam, di sini ke Padang Besar, Perlis," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Kompeni C Batalion 2 PGA Kulim, ASP Tuan Mohd Zahir Md Saad mengakui penyeludup sanggup menyamar untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa di kawasan berhampiran pagar sempadan.

Beliau berkata, ada yang menyamar sebagai pemancing, pekebun dan penoreh untuk melihat gerak geri pasukan PGA ketika menjalankan tugas memantau di kawasan sempadan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kesan-penyeludup-guna-dron

Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, camera, sky, outdoor and nature
ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2020 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM