Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Golongan Hasut Tolak Vaksinasi Berdepan Tindakan Mahkamah Timbalan Kpn

Published: 24 Feb 2021 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
KERATAN AKHBAR PILIHAN: GOLONGAN HASUT TOLAK VAKSINASI BERDEPAN TINDAKAN MAHKAMAH – TIMBALAN KPN
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-golongan-hasut-tolak-vaksinasi-berdepan-tindakan-mahkamah-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19

Petaling Jaya, 24 Februari 2021 - Polis memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada golongan antivaksin yang terus menghasut orang awam supaya menolak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, golongan penghasut yang cenderung mengajak orang lain supaya memboikot pengambilan vaksin boleh disabitkan dengan dua kesalahan jika terdapat laporan.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ketakutan atau kegusaran awam yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Golongan ini juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

Sumber: Kosmo Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text
May be an image of 1 person, outdoors and text
ArticlePublished 24 Feb 2021 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM