Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Suspek Kumpulan Penggodam Anonymous Malaysia Ada Ijazah Sarjana It Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 24 Feb 2021 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Februari 2021 – Kumpulan penggodam 'Anonymous Malaysia' yang menggodam sistem komputer kerajaan didapati memiliki latar belakang pendidikan teknologi maklumat (IT).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-suspek-kumpulan-penggodam-anonymous-malaysia-ada-ijazah-sarjana-it-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:30 MYT

Kuala Lumpur, 24 Februari 2021 – Kumpulan penggodam 'Anonymous Malaysia' yang menggodam sistem komputer kerajaan didapati memiliki latar belakang pendidikan teknologi maklumat (IT).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya mendapati majoriti daripada 11 suspek yang ditahan minggu lalu itu mempunyai tahap pendidikan tinggi dalam bidang IT termasuk ijazah sarjana.

"Siasatan masih dijalankan dan kemungkinan tindakan kumpulan itu menggodam adalah mahu menunjukkan kemahiran mereka menceroboh maklumat selain pengaruh rakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Menara KPJ di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dan kesemua suspek yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text

 

ArtikelDiterbitkan 24 Feb 2021 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM