Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Gengster Berlakon Jadi Insan Mulia

Published: 08 Mar 2021 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 8 Mac 2021 - Geng kongsi gelap dikesan mempunyai hubungan diplomasi dengan orang kenamaan (VIP) dan ahli politik bergelar Tan Sri atau Datuk Seri bagi mengukuhkan pengaruh di kawasan jajahan yang dikuasai mereka dalam kegiatan jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-gengster-berlakon-jadi-insan-mulia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:25 MYT
Johor Bahru, 8 Mac 2021 - Geng kongsi gelap dikesan mempunyai hubungan diplomasi dengan orang kenamaan (VIP) dan ahli politik bergelar Tan Sri atau Datuk Seri bagi mengukuhkan pengaruh di kawasan jajahan yang dikuasai mereka dalam kegiatan jenayah.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli kumpulan gengster juga dipercayai mengadakan hubungan diplomatik dengan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, taktik itu dilakukan bagi memastikan kumpulan mereka mendapat 'suaka politik’ serta perlindungan NGO untuk mengaburi mata masyarakat serta pihak berkuasa.

"Ada ahli kumpulan kongsi gelap yang cuba berbaik-baik dengan ahli politik atau VIP yang ada pangkat Tan Sri, Datuk Seri dan sebagainya yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat.

"Mereka juga bukan sahaja berbuat baik dengan NGO, malah menyalurkan bantuan untuk menjaga hubungan antara kedua-dua pihak.

"Taktik ini adalah untuk 'mencuci' nama mereka supaya dilihat sebagai seorang yang baik dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Kosmo, baru-baru ini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

 
 
ArticlePublished 08 Mar 2021 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM