
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Gaji Rendah Bukan Faktor Rasuah Salah Laku
Isu gaji rendah anggota polis khususnya kategori lain-lain pangkat (LLP) bukan faktor mendorong kepada berlakunya salah laku, terutama perbuatan rasuah yang ha...
Kuala Lumpur, 8 Februari 2024 - Isu gaji rendah anggota polis khususnya kategori lain-lain pangkat (LLP) bukan faktor mendorong kepada berlakunya salah laku, terutama perbuatan rasuah yang hanya membabitkan segelintir daripada mereka.
Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Sub Inspektor Abd Rashid Ali berkata, gaji pokok seorang Konstabel bermula dari RM1,441 sebulan.
Katanya, walaupun menerima elaun sekitar RM600 hingga RM700, namun kadar itu tidak tetap dan berbeza mengikut cawangan penugasan.
“Sedangkan kami ada keluarga yang perlu disara. Selain perbelanjaan diri sendiri dan keluarga, ada yang perlu menanggung kedua-dua orang tua. Dari mana mahu dapat duit untuk menyara semua itu?
“Anak pula perlu dihantar ke taska dan sekolah, jika ada anak dua tiga orang, berapa dah kami perlu keluarkan belanja? Ini tidak termasuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak,” katanya kepada BH semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.