
Keratan Akhbar Pilihan Esscom Rampas Syabu Pil Ecstasy Bernilai Rm2 4 Juta
#PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs
Tawau, 26 November 2020 - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merampas 54.35 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dan 234 biji pil Ecstasy bernilai RM2.4 juta di perairan Kuala Sungai Tawau Lama, awal pagi kelmarin.
Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, rampasan dibuat selepas pasukan keselamatan mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dipercayai dari Tawau ke perairan Indonesia jam 9.20 malam Isnin lalu.
"Aset laut ESSCOM yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalankan Op Cegah pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya memintas bot berkenaan.
"Bagaimanapun, kehadiran pasukan keselamatan disedari oleh suspek sebelum berpatah balik dan bertindak melarikan diri ke arah Sungai Tawau Lama," katanya.
"Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan menemui tiga kotak berlainan saiz mengandungi sebanyak 51 bungkusan berisi hablur kristal disyaki dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 54.35kg dan satu peket plastik berisi 234 biji pil Ecstasy di dalamnya," katanya.
Jumlah keseluruhan rampasan adalah bernilai RM2.4 juta.
Katanya lagi, rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan pihak ESSCOM sejak Op Cegah PATI Darat dan Laut dilancarkan pada Mac lalu.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN