Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Serangan Penyeludup Di Sempadan Pdrm Atur Gerak Aset Anggota Kpn

Diterbitkan: 26 Nov 2020 6.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 November 2020 - Kenderaan perisai tambahan dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan digerakkan mulai hari ini ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mengukuh kawalan sempadan negara, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-serangan-penyeludup-di-sempadan-pdrm-atur-gerak-aset-anggota-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:17 MYT

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG

Kuala Lumpur, 26 November 2020 - Kenderaan perisai tambahan dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan digerakkan mulai hari ini ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mengukuh kawalan sempadan negara, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Ini berikutan insiden kedua serangan penyeludup terhadap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan negara pada petang Rabu, selepas serangan pertama sehari sebelum itu menyebabkan seorang anggota PGA terkorban dan seorang lagi cedera parah.

Beliau berkata pasukan operasi daripada JSJ dan JSJN serta Unit Komando 69 digerakkan ke kawasan sempadan bagi melumpuhkan pergerakan kumpulan penyeludup.

“Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dengan Polis Kontinjen Kedah merampas lebih 100 kilogram Heroin dianggarkan bernilai RM10 juta pada petang semalam,” katanya.

Tan Sri Abdul Hamid turut menyatakan rasa bangganya terhadap anggota PGA yang terus bersemangat dalam melaksanakan tugas walaupun berhadapan dengan serangan penyeludup.

"Serangan itu tidak melunturkan semangat pegawai dan anggota PGA yang bertugas di kawasan sempadan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1905496

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1905496&fbclid=IwAR3usfh_J-btYvIkfJmxG4pHU1DISoFY8hJO0yDa5E2ajI9mbhgFkskumos  

ArtikelDiterbitkan 26 Nov 2020 6.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM