Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Escobar Langkawi Jips Bukit Aman Turun Padang

Published: 09 Sep 2020 2.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
"Kalau kita dapat dari sumber terbuka, kita akan dapat konklusi yang tidak tepat, jadi kita kena mendalami dengan lebih tersusun dan berobjektif untuk dapatkan gambaran lebih tepat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-escobar-langkawi-jips-bukit-aman-turun-padang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT

#WarAgainstDrugs

Kuala Lumpur, 9 September 2020 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menghantar pasukannya ke Langkawi, Kedah bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan pembabitan anggota polis yang mewujudkan rangkaian tokan dadah mereka sendiri.

Pengarahnya, CP Dato’ Zamri Yahya berkata, pihaknya akan menyemak kaedah siasatan dan meneliti rekod siasatan yang dijalankan berkaitan kes dadah di pulau peranginan berkenaan.

"Saya mencari masa yang sesuai dan akan turun ke Langkawi sendiri bagi menjalankan siasatan menyeluruh.

"Kalau kita dapat dari sumber terbuka, kita akan dapat konklusi yang tidak tepat, jadi kita kena mendalami dengan lebih tersusun dan berobjektif untuk dapatkan gambaran lebih tepat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Harian Metro menerusi laporan eksklusifnya bermula 3 September lalu mendedahkan kegiatan penagihan dan penjualan dadah membabitkan tokan kecil yang didakwa dikawal anggota polis serta konconya dengan didalangi Mr. N di Langkawi.

Pendedahan itu juga mendapat perhatian Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador yang mengakui beliau menyedari kegiatan berkenaan, namun memberitahu pihaknya sudah mengambil beberapa langkah drastik bagi mengatasinya.

Dalam laporan itu, Harian Metro mendedahkan Mr. N mewujudkan rangkaian dadah sendiri dan bersekongkol dengan tokan besar yang digelar Pablo Escobar Langkawi.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: ‎3 people, ‎text that says '‎ESCOBARLA BUKIT AMAN Metre TURUN F PADANG CENGKAM PULAU ereka asil0e erdekat yang aranHarian Metro SI
ArticlePublished 09 Sep 2020 2.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM