Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Elak Usik Isu Agama Raja Kaum Ketika Kempen Kp Kedah

Diterbitkan: 15 Jun 2023 7.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati supaya tidak melampaui batas atau menyentuh isu sensitif terutama melibatkan aspek ''3R'' iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) dalam usaha memenangi hati rakyat ketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) kian terasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-elak-usik-isu-agama-raja-kaum-ketika-kempen-kp-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:25 MYT
Alor Setar, 15 Jun 2023 - Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati supaya tidak melampaui batas atau menyentuh isu sensitif terutama melibatkan aspek ''3R'' iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) dalam usaha memenangi hati rakyat ketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) kian terasa.

Dalam pada itu, ujar beliau, sebarang perhimpunan turut perlu dimaklumkan kepada polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memastikan sebarang aktiviti dijalankan tidak menyalahi undang-undang.

Katanya, kerjasama semua pihak diperlukan dalam memastikan keamanan sedia ada sentiasa terpelihara apatah lagi pilihan raya tidak seharusnya sampai memecahbelahkan masyarakat.

“Saya ingin mengingatkan bahawa polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R sejak Mac lalu bagi menangani isu berkaitan agama, raja dan kaum.

“Jadi kalau ada pihak yang sentuh perkara ini dan didokumenkan termasuk dalam bentuk video, jangan dipolemikkan perkara itu apabila polis buka kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2023 7.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM