
Artikel
Bakal Jemaah Haji Pdrm Dirai Dalam Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat
Kuala Lumpur, 15 Jun 2023 – Sebahagian 49 bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai, anggota serta pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dal...
Kuala Lumpur, 15 Jun 2023 – Sebahagian 49 bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai, anggota serta pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Bukit Aman, di sini, tadi.
Bacaan surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Sarjan Mejar (SM) Siasatan Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, SM Hj. Razlee Asmat itu bersempena pemergian bakal jemaah warga PDRM ke Tanah Suci Mekah agar diberi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang keberadaan mereka di sana.
Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain yang menunaikan solat Zuhur bersama jemaah masjid.
Hadir sama, Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling), JIPS Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am) JIPS Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Afandi Senin dan barisan Timbalan Pengarah PDRM.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin








