Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Premis Judi Dalam Talian Kena Serbu

Published: 26 Jun 2023 1.31 AM Updated: 15 Aug 2026 8.23 PM
Kuala Lumpur, 26 Jun 2023 - Dua premis yang diwujudkan untuk aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian dalam talian dekat Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu polis, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-premis-judi-dalam-talian-kena-serbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT
Kuala Lumpur, 26 Jun 2023 - Dua premis yang diwujudkan untuk aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian dalam talian dekat Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu polis, Jumaat lalu.
Serbuan dijalankan jam 4 petang dan 4.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, serta dibantu pegawai bertaraf pakar judi dan Unit Forensik.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menahan seorang lelaki dan tiga wanita warga asing berusia 20 hingga 32 tahun kerana menjalankan aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian dalam talian.
“Satu set komputer, empat unit komputer riba, lima telefon bimbit, satu router dan satu mesin “punch card” yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian telah dirampas dan kesemua tangkapan disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
“Serbuan kedua di kawasan berhampiran turut membawa kepada penangkapan sembilan warga negara asing terdiri daripada tujuh lelaki dan dua perempuan berumur antara 21 hingga 36 tahun dan merampas empat set komputer, satu komputer riba, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, satu modem dan satu router,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
 
ArticlePublished 26 Jun 2023 1.31 AMUpdated 15 Aug 2026 8.23 PM