
Artikel
Pic Of The Day Anggota Polis Ayer Baloi Sertai Program Gotong Royong Eratkan Hubungan Dengan Masyarakat
Sumber gambar: Polis Daerah Pontian
Bertepatan dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, warga Sang Saka Biru tetap setia di hati masyarakat dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban.
Bertempat di Dewan Serbaguna Ayer Baloi, Pontian, Johor, semalam, sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Ayer Baloi, Sarjan Mejar Norzizah Kechik bersama-sama penduduk setempat berganding bahu membersihkan kawasan setempat sempena program gotong-royong Pontian Di Hatiku, Program Gerak Kerja Rahmah dan Johor Bersih di daerah tersebut.
Selain dapat mewujudkan persekitaran bersih, program seumpama itu mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga polis dengan penduduk setempat.