Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Lelaki Mengaku Salah Ceroboh Istana Negara

Published: 21 May 2024 3.21 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 - Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, di sini Jumaat lalu, termasuk seorang daripadanya membawa parang dan mendakwa mahu berjumpa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-lelaki-mengaku-salah-ceroboh-istana-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 - Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, di sini Jumaat lalu, termasuk seorang daripadanya membawa parang dan mendakwa mahu berjumpa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan masing-masing mengaku bersalah.

“Pertuduhan tambahan turut dikenakan ke atas seorang suspek di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
“Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah,” katanya.
Ditanya mengenai motif pencerobohan, beliau bagaimanapun berkata, ia belum dapat dipastikan.

Jumaat lalu, polis menahan dua lelaki yang disyaki cuba menceroboh Istana Negara di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

 
ArticlePublished 21 May 2024 3.21 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM