Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Didik Masyarakat Bahaya Jenayah Digital

Diterbitkan: 24 Jun 2025 2.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.56 PM
Masalah penipuan bercirikan jenayah digital atau "scam" matawang di atas talian semakin menjadi-jadi dan menyebabkan masyarakat di Malaysia, termasuklah golongan rentan mengalami kerugian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-didik-masyarakat-bahaya-jenayah-digital
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:57 MYT
Masalah penipuan bercirikan jenayah digital atau "scam" matawang di atas talian semakin menjadi-jadi dan menyebabkan masyarakat di Malaysia, termasuklah golongan rentan mengalami kerugian.

Golongan rentan yang dimaksudkan termasuklah golongan yang sudah berusia, mereka yang telah bersara, berpencen, orang kurang upaya (OKU), dan golongan daif, miskin harta yang terdedah dengan penipuan digital.

Pada 2024 sahaja, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia merekodkan 35,368 kes penipuan, mengakibatkan kerugian kewangan RM1.6 billion iaitu 84.5 peratus daripada semua jenayah komersial yang dilaporkan.

Masalah ini bukan baharu, namun semakin menular dan diperhebatkan oleh golongan “scammer” yang semakin licik, berinovasi kreatif yang jahat, tidak bertanggungjawab.

Ikuti kupasan lanjut oleh Ketua Penyelidik Kebolehgunaan Perisian Pendidikan, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Ts. Dr. Shamsul Arrieya Ariffin yang mengupas lanjut mengenainya di Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
 
 
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2025 2.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.56 PM