Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Baru Enam Bulan Edar Dadah Lelaki Dicekup Polis

Diterbitkan: 24 Jun 2025 1.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.56 PM
Johor Bahru, 24 Jun 2025 - Seorang lelaki yang baru berjinak-jinak selama enam bulan mengedar dan menjual dadah diberkas dalam operasi khas di Mutiara Rini, di sini, pada 14 dan 15 Jun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-baru-enam-bulan-edar-dadah-lelaki-dicekup-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:48 MYT
Johor Bahru, 24 Jun 2025 - Seorang lelaki yang baru berjinak-jinak selama enam bulan mengedar dan menjual dadah diberkas dalam operasi khas di Mutiara Rini, di sini, pada 14 dan 15 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, suspek berusia 45 tahun itu dicekup bersama-sama seorang wanita Vietnam berumur 34 tahun dalam operasi bermula pukul 7.30 malam di sebuah rumah teres dua tingkat.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan menemui sejumlah 2.6 kilogram (kg) serbuk Ekstasi dan 368 gram Ganja serta peralatan memproses dadah.

“Kita kemudiannya dipandu arah suspek ke sebuah rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dan menahan seorang lagi wanita Vietnam berusia 23 tahun.

“Dalam serbuan kedua ini, polis merampas 38 kg serbuk Ekstasi serta 1.37kg Ketamin dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan RM6,875,354,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
 
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2025 1.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.56 PM