Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dari Litar Ke Dunia Siasatan Jenayah

Diterbitkan: 03 Jun 2025 8.36 AM Dikemas kini: 13 Nov 2026 2.24 AM
Ikuti temubual eksklusif bersama pesara polis, Sub Inspektor Omar Saad, 76 tahun, merupakan bekas pelumba basikal negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dari-litar-ke-dunia-siasatan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 14/11/2026 11:14 MYT
Ikuti temubual eksklusif bersama pesara polis, Sub Inspektor Omar Saad, 76 tahun, merupakan bekas pelumba basikal negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Minatnya terhadap sukan berbasikal bermula selepas menerima basikal “chopper” sebagai hadiah daripada bapanya, sebelum mencipta pelbagai kejayaan seperti meraih pingat dalam Sukan Asia, Sukan Semenanjung Asia Tenggara, Olimpik Munich 1972 dan Kejohanan Berbasikal Asia.

Selepas bersara daripada sukan berbasikal, beliau menceburi kerjaya kepolisan selama 36 tahun dan telah melaksanakan pelbagai tugas termasuk detektif dan anggota risikan narkotik.

Beliau bukan sahaja pernah terlibat dalam operasi membanteras pengedar dadah dan menangani kes berprofil tinggi termasuk peristiwa 13 Mei 1969, malah turut berjasa sebagai jurulatih serta pengurus pasukan berbasikal kebangsaan yang menyumbang kepada kejayaan Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

ArtikelDiterbitkan 03 Jun 2025 8.36 AMDikemas kini 13 Nov 2026 2.24 AM