Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sedia Siasat Video Judi Disunting Guna Teknologi Ai Kpn

Diterbitkan: 03 Jun 2025 7.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kuala Lumpur, 3 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia akan segera menjalankan siasatan sekiranya terdapat penggunaan video promosi perjudian yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sedia-siasat-video-judi-disunting-guna-teknologi-ai-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:39 MYT
Kuala Lumpur, 3 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia akan segera menjalankan siasatan sekiranya terdapat penggunaan video promosi perjudian yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ni kes perjudian banyak menggunakan pempengaruh dan promosi bergambar.

Menurutnya, walaupun belum menerima laporan polis berkaitan video artis disunting menggunakan AI, namun siasatan akan dijalankan dan mereka yang menjadi mangsa sindiket diminta membuat laporan polis.

“Sebagai rekod, sebanyak 28 kertas siasatan Op Dadu dibuka membabitkan tangkapan pempengaruh di Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor pada 2024.

“Daripada jumlah kertas siasatan itu, sebanyak 18 kertas siasatan dituduh manakala 10 kertas siasatan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 03 Jun 2025 7.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM