Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 218 Kpn Sertai Program Menembak Bersama Agensi Sahabat Di Lapang Sasar Briged Tengah

Diterbitkan: 03 Jun 2025 9.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Cheras, 3 Jun 2025 - Sempena Peringatan Hari Polis ke-218, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah menyertai program menembak tahunan yang berlangsung di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-218-kpn-sertai-program-menembak-bersama-agensi-sahabat-di-lapang-sasar-briged-tengah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:17 MYT

Cheras, 3 Jun 2025 - Sempena Peringatan Hari Polis ke-218, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah menyertai program menembak tahunan yang berlangsung di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din yang mewakili Pemangku Pengarah JSJN, juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.

Program yang menjadi antara acara utama dalam takwim Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut diserikan dengan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Antara yang hadir termasuk Komisioner Jeneral Penjara, Dato' Hj. Abdul Aziz Abdul Razak, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, KPjR Lokman Effendi Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Dato' Mohd Zulfikar Ahmad, Setiausaha Bahagian Kewangan KDN, Tuan Wan Saifulikhmal Wan Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Imigresen Malaysia, Tuan Ismail Mokhtar, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda (M) Mohd Zawawi Abdullah, Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia, Dato' Meor Chek Hussien Mahayuddin serta Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, DCP Datuk Mazli Mazlan.

Seramai lebih 60 peserta mengambil bahagian dalam dua kategori pertandingan iaitu individu “centre fire” dan berkumpulan “falling plate”.

Sebelum itu, para peserta menerima taklimat keselamatan daripada Pegawai Turus Persenjataan (Teknikal Ordnans) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DSP Wan Zulizi Wan Muda selaku Pegawai Lapang Sasar.

Program tersebut mencerminkan semangat profesionalisme, kesiapsiagaan taktikal serta jalinan kerjasama erat antara PDRM dengan agensi-agensi sahabat, sejajar dengan aspirasi PDRM sebagai pasukan yang progresif dan responsif terhadap cabaran semasa.

Bagi kategori “falling plate”, Tan Sri Razarudin bersama kumpulannya, Alfa telah dinobatkan sebagai johan dengan mengalahkan sembilan kumpulan lain yang turut serta.

Manakala bagi kategori “centre fire” (individu PDRM), Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan “centre fire” (jemputan luar), Superintenden Azman Madusiman masing-masing menduduki tempat pertama.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tan Sri Razarudin dengan diiringi DCP Mohd Zani dan Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Zaki Ashar.

Lebih manis, Tan Sri Ayob Khan menyampaikan hadiah kepada Tan Sri Razarudin yang telah memenangi tempat kedua bagi kategori “centre fire” (individu PDRM).

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ramdzan Daud dan Timbalan Pengarah (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid

May be an image of ‎8 people and ‎text that says '‎هگاة UTAMAKAN KESELAMATAN 2 3 2 불 4 5 6 7 8 밀니‎'‎‎

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'RAM NGATA NG SASAR BR AS, SELANGOI IEN IENAMBA AM3AM A 날음 BIPO PO BI KE-218 BIPORAKE-218 KE ( A 2025 @


ArtikelDiterbitkan 03 Jun 2025 9.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM