Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dalang Dua Iklan Judi Raya Diburu

Published: 18 Apr 2021 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 April 2021 – Polis sedang mengesan lelaki dikenali sebagai Loh Kee Hoe yang dipercayai dalang utama pembikinan dua video iklan mempromosi aktiviti perjuadian dalam talian sempena hari raya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dalang-dua-iklan-judi-raya-diburu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT

Kuala Lumpur, 18 April 2021 – Polis sedang mengesan lelaki dikenali sebagai Loh Kee Hoe yang dipercayai dalang utama pembikinan dua video iklan mempromosi aktiviti perjuadian dalam talian sempena hari raya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah berkata, Kee Hoe, 35, yang beralamat di Kuala Lumpur, dikenal pasti berdasarkan siasatan ke atas lapan suspek yang sudah ditahan kelmarin dan awal pagi semalam.

Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek berkenaan boleh menghubungi, Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Zairil Hazly di talian 017-4589997,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of 1 person and text that says 'Dalang dua iklan judi raya diburu individu ditahan dire- Suspek dikenal pasti berdasar siasatan ke atas lap
ArticlePublished 18 Apr 2021 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM