Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Jspt Kutip Rm4 22 Juta Melalui Mybayar Saman

Diterbitkan: 16 Apr 2021 2.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 16 April 2021 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan bayaran saman berjumlah RM4.22 juta menerusi aplikasi MyBayar Saman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jspt-kutip-rm4-22-juta-melalui-mybayar-saman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:20 MYT
 
Petaling Jaya, 16 April 2021 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan bayaran saman berjumlah RM4.22 juta menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Jumlah itu melibatkan 38,306 saman yang dikeluarkan berbanding jumlah terkumpul 803,739 saman dengan nilai keseluruhan berjumlah RM89 juta.

Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, seramai 814,622 pengguna berdaftar di aplikasi berkenaan sejak 25 Mac lalu hingga semalam.

“Sambutan terhadap aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh JSPT sebagai satu platform tunggal e-bayaran ini amat menggalakkan.

“JSPT akan mengenalpasti beberapa aspek yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan lagi kutipan seperti pendaftaran oleh syarikat, warga asing, had bayaran individu dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../jspt-kutip-rm4-22-juta.../

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Pilihan Jspt Kutip Rm4 22 Juta Melalui Mybayar Saman
ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2021 2.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM