
Article
Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Pesan Dan Hantar Taktik Baharu Pelacur Pengarah Jsj
Petaling Jaya, 9 April 2023 - Sindiket pelacuran dikesan mengubah modus operandi dengan menawarkan khidmat seks atau aktiviti pelacuiran secara ‘pesan dan hant...
Petaling Jaya, 9 April 2023 - Sindiket pelacuran dikesan mengubah modus operandi dengan menawarkan khidmat seks atau aktiviti pelacuiran secara ‘pesan dan hantar' menerusi media sosial antaranya Twitter, Facebook dan Telegram.
Malah, sindiket itu berani mempromosikan perkhidmatan tersebut secara terang terangan selain memuat naik video dan gambar sebagai teaser menarik pelanggan.
Jika ada pelanggan yang berminat, kesemua tempahan dibuat melalui dalam talian sebelum pelacur dihantar ke lokasi ditetapkan antaranya hotel atau kondominium.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, sindiket pelacuran kini mengubah taktik dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui media sosial.
Katanya, polis giat memantau laman sesawang yang mengiklankan aktiviti seks sebelum tindakan lanjut diambil.