Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Polis Nafi Suspek Aksi Jelik Diperaga Untuk Tatapan Umum

Diterbitkan: 09 Apr 2023 1.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 9 April 2023 - Polis menafikan tuduhan bahawa pasangan suspek yang tular disebabkan perbuatan jelik dalam kenderaan 'diperagakan' untuk tatapan umum selepas ditahan pihak berkuasa berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-polis-nafi-suspek-aksi-jelik-diperaga-untuk-tatapan-umum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:19 MYT
Johor Bahru, 9 April 2023 - Polis menafikan tuduhan bahawa pasangan suspek yang tular disebabkan perbuatan jelik dalam kenderaan 'diperagakan' untuk tatapan umum selepas ditahan pihak berkuasa berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dua suspek dalam kes itu termasuk remaja perempuan berusia 17 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret kelmarin untuk mendapatkan perintah reman dan ia adalah prosedur biasa.
"Adalah tidak benar bahawa dua suspek yang dibawa ke mahkamah untuk proses reman itu telah diperagakan sebagai mana didakwa.

"Kedua-dua suspek bersama suspek lain (kes berlainan) dibawa dengan kenderaan polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, sebelum dibawa berjalan melalui laluan lazim ke bangunan mahkamah," katanya dalam kenyataan, semalam.
Superintendan Mohd Sohaimi juga menegaskan, pihaknya tidak mengatur mana-mana pihak lain, termasuk jurugambar untuk berada di lokasi bagi membuat rakaman atau liputan ketika suspek dibawa untuk proses reman.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti sebarang pelanggaran ketika proses reman itu berlangsung”, katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2023 1.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM