Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Cctv Kurangkan Jenayah 10 Turut Sumbang Kadar Pertuduhan Iaitu Mencecah 70 Babit Jsj Kuala Lumpur

Diterbitkan: 21 Dec 2023 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Kewujudan banyak kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu negara ibarat ‘mata-mata' kepada pihak polis dalam usaha membanteras jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cctv-kurangkan-jenayah-10-turut-sumbang-kadar-pertuduhan-iaitu-mencecah-70-babit-jsj-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT
Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Kewujudan banyak kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu negara ibarat ‘mata-mata' kepada pihak polis dalam usaha membanteras jenayah.
la secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kadar jenayah indeks di sekitar ibu negara sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu dan sehingga 40 peratus jika dibandingkan pada 2019.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, ia secara tidak langsung menyumbang kepada kadar pertuduhan yang tinggi iaitu mencecah 70 peratus membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Menurutnya, JSJ Kuala Lumpur juga berjaya menyelesaikan 91.52 peratus kertas siasatan yang dibuka bagi tempoh bermula Januari hingga November.
“Keadaan jenayah terkawal dan boleh dikatakan tidak perlu takut dengan jenayah walaupun masih berlaku satu dua kes, keseluruhannya "fear of crime" itu sudah menurun.

“Kita (JSJ) berjaya selesaikan banyak kes dan kadar pertuduhan hampir dan kita harap akan capai 70 peratus dalam dua minggu akan datang,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2023 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM