Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Beri Ruang Siasatan Ikut Undang Undang

Published: 17 Dec 2023 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tawau, 17 Disember 2023 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu polis diberi ruang bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang pegawai kanannya dan seorang pelajar sekolah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-beri-ruang-siasatan-ikut-undang-undang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:53 MYT
Tawau, 17 Disember 2023 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu polis diberi ruang bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang pegawai kanannya dan seorang pelajar sekolah.
Beliau berkata, siasatan terhadap pegawai terbabit sedang ditangani oleh pasukan polis Perak dan yakin ia dijalankan penuh tanggungjawab dan profesional mengikut undang-undang.
“Ketika yang sesuai apabila semua sudah selesai, pasukan polis akan memberikan perkembangan terkini berhubung siasatan dan langkah-langkah seterusnya.
“Saya juga ucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini semalam.
Datuk Seri Saifuddin berkata, masyarakat wajar memberikan ruang kepada polis menjalankan tugas sehingga siasatan selesai.
Menjawab mengenai keperluan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Khas berhubung kes itu, beliau menegaskan biar polis melengkapkan siasatan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 17 Dec 2023 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM