Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Baru Enam Bulan Edar Dadah Lelaki Dicekup Polis 20250624

Published: 24 Jun 2025 2.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.56 PM
Johor Bahru, 24 Jun 2025 - Seorang lelaki yang baru berjinak-jinak selama enam bulan mengedar dan menjual dadah diberkas dalam operasi khas di Mutiara Rini, di sini, pada 14 dan 15 Jun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-baru-enam-bulan-edar-dadah-lelaki-dicekup-polis-20250624
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT
Johor Bahru, 24 Jun 2025 - Seorang lelaki yang baru berjinak-jinak selama enam bulan mengedar dan menjual dadah diberkas dalam operasi khas di Mutiara Rini, di sini, pada 14 dan 15 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, suspek berusia 45 tahun itu dicekup bersama-sama seorang wanita Vietnam berumur 34 tahun dalam operasi bermula pukul 7.30 malam di sebuah rumah teres dua tingkat.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan menemui sejumlah 2.6 kilogram (kg) serbuk Ekstasi dan 368 gram Ganja serta peralatan memproses dadah.

“Kita kemudiannya dipandu arah suspek ke sebuah rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dan menahan seorang lagi wanita Vietnam berusia 23 tahun.

“Dalam serbuan kedua ini, polis merampas 38 kg serbuk Ekstasi serta 1.37kg Ketamin dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan RM6,875,354,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
 
ArticlePublished 24 Jun 2025 2.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.56 PM