Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Bakar Al Quran Lelaki Ditahan

Published: 14 Jun 2023 2.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 14 Jun 2023 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membakar al-Quran dan sejadah dalam kejadian di tepi pusat hemodialisis di Batu Rakit, Kuala Nerus, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bakar-al-quran-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:28 MYT
Kuala Terengganu, 14 Jun 2023 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membakar al-Quran dan sejadah dalam kejadian di tepi pusat hemodialisis di Batu Rakit, Kuala Nerus, kelmarin.
Suspek yang berusia 33 tahun dan tidak bekerja itu ditahan jam 10.50 pagi hari sama berhampiran Pasar Maras, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, penahanan suspek itu susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 56 tahun.
Katanya, pengadu yang sebelum itu berada di rumahnya menerima panggilan telefon jam 10.30 pagi memaklumkan suspek membakar al-Quran dan sejadah di tepi pusat hemodialisis terbabit.
“Pengadu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek sedang membakar bahan berkenaan dan dia mengesyaki al-Quran serta sejadah itu diambil dari masjid berhampiran.
“Suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya, semalam.

Sumber: Harian Metro

 
ArticlePublished 14 Jun 2023 2.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM