Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pengarah Jsj Bersara Wajib

Diterbitkan: 19 May 2021 3.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Mei 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed, akan bersara wajib, esok, selepas 39 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pengarah-jsj-bersara-wajib
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mei 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed, akan bersara wajib, esok, selepas 39 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Datuk Huzir, 59, yang digelar dengan panggilan 'Hunter', turut boleh disifatkan sebagai 'Panglima Perang COVID-19' selepas mengatur gerak pasukan JSJ dalam mengumpul kontak Kluster Masjid Sri Petaling yang mula dikesan pada awal Mac tahun lalu.

Anak jati Taiping, Perak, itu memulakan perkhidmatan dalam PDRM sebagai Pelatih Inspektor Percubaan pada Disember 1982 sebelum ditugaskan sebagai Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hingga 1986.

Beliau kemudian ditempatkan di beberapa kontinjen dan jabatan dalam PDRM seperti Pasukan Polis Hutan (PPH), Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (kini Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) serta JSJ.

Sepanjang tempoh 15 tahun beliau berkhidmat dalam JSJ, banyak kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan.

Datuk Huzir yang pernah dilantik sebagai Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) pada 2013, turut berjaya menumpaskan kumpulan kongsi gelap dan jenayah terancang berbahaya yang terbabit dalam pembunuhan dan senjata api melalui Operasi Cantas (Op Cantas) seperti Geng 360 Devan, Geng 04 Perak, Geng Jin Jeet Tong dan Geng 36 Negeri Sembilan.

Pada 2017, Datuk Huzir dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, sebelum menjadi Pengarah jabatan itu dua tahun kemudian.

Seluruh warga PDRM mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Huzir kepada Pasukan selama ini dan semoga berbahagia meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Terima kasih Datuk Huzir!

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../huzir-bersara-wajib-esok

ArtikelDiterbitkan 19 May 2021 3.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM