Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Pangkat Rendah Dianggap Miskin Bandar

Published: 12 Oct 2023 4.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Tidak keterlaluan jika anggota baharu pangkat rendah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dikategorikan sebagai golongan miskin berikutan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-pangkat-rendah-dianggap-miskin-bandar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:31 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Tidak keterlaluan jika anggota baharu pangkat rendah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dikategorikan sebagai golongan miskin berikutan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.

Malah mereka turut boleh dianggap golongan miskin bandar sekiranya ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota terbabit menandatangani jawatan rekrut konstabel dengan tangga gaji RM1441 dan selepas tamat latihan diberikan gaji dan elaun berjumlah RM1,800.

“Mereka ini akan membawa balik gaji bersih berjumlah RM1,500. Bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu?

“Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.

“Jadi, ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya boleh bantu, maka bantulah mereka,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of slow loris, place mat, magazine, newspaper, poster, crossword puzzle and text
ArticlePublished 12 Oct 2023 4.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM