Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sorok Dadah Peket Minuman Rm500 000

Diterbitkan: 12 Oct 2023 3.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kluang, 12 Oktober 2023 - Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang tukang masak apabila berjaya merampas sejumlah dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sorok-dadah-peket-minuman-rm500-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:04 MYT
Kluang, 12 Oktober 2023 - Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang tukang masak apabila berjaya merampas sejumlah dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun cuba mengaburi pihak berkuasa dengan membungkus dadah di dalam peket minuman berperisa buah-buahan sebelum menjualnya ke pusat hiburan di sekitar daerah ini dan Batu Pahat.

Katanya, paket minuman dicampur dadah ekstasi dan ketamin kira-kira 19 gram setiap bungkusan itu kemudian dijual pada harga RM150 dan RM300 setiap satu.

“Berpandukan maklumat awam sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang membuat serbuan ke atas sebuah rumah sewa suspek di Taman Sam Hoe di sini pada 11 pagi, Ahad lalu.

“Polis telah menahan reman suspek selama enam hari sehingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di IPD Kluang semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2023 3.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM