Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kertas Siasatan Kes Ebit Lew Ke Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: 12 Oct 2023 6.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kertas-siasatan-kes-ebit-lew-ke-jabatan-peguam-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan perkembangan itu pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes itu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2023 6.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM