Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Anggota 69 Komando Perlu Mahir Kendali Bahan Radiasi

Published: 30 Oct 2021 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Komander 69 Komando, ACP Tuan Hamzah Hashim berkata, sebagai sebuah unit tempur elit, mereka juga sewajarnya memiliki keupayaan menangani ancaman yang bukan sahaja melibatkan musuh bersenjata.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-69-komando-perlu-mahir-kendali-bahan-radiasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:25 MYT
Ipoh, 30 Oktober 2021 – Anggota 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu turut menguasai pelbagai kemahiran bersifat teknikal bukan tempur termasuk pengendalian tumpahan bahan kimia berbahaya dan kebocoran radiasi (hazardous).

Timbalan Komander 69 Komando, ACP Tuan Hamzah Hashim berkata, sebagai sebuah unit tempur elit, mereka juga sewajarnya memiliki keupayaan menangani ancaman yang bukan sahaja melibatkan musuh bersenjata.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah pihak yang paling mahir di negara ini dalam pengendalian operasi tersebut dengan fungsi sebagai pasukan penyelamat.

"Ini antara contoh kemahiran yang kita boleh belajar dan sesuaikan kemahiran mengikut kehendak operasi 69 Komando,” ujarnya ketika ditemui semalam selepas menyempurnakan penutupan Kursus Asas Taktikal Despatcher Siri 1/2021 dan Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut 1/2021 di Kompleks Para 69 Komando, Kem Ulu Kinta.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of footwear and text
ArticlePublished 30 Oct 2021 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM