
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Jabatan Pengurusan
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bilik Mesyuarat Persada, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, petang tadi.
Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass bersama sebahagian warga kerjanya. Lawatan kerja yang diadakan adalah bertujuan memberi peluang kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengurusan di peringkat Bukit Aman, kontinjen dan formasi bertemu serta mendengar amanat yang disampaikan oleh Timbalan KPN.
Sesi perjumpaan yang diadakan turut dihadiri oleh Komandan-komandan Institusi Latihan PDRM dan Ketua-ketua Jabatan Pengurusan kontinjen secara maya.