Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Akta 840 Tangani Gangguan Seksual Sedia Persekitaran Selamat

Published: 10 Aug 2023 1.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyifatkan penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), sebagai akta khusus untuk menangani kesalahan gangguan seksual untuk memperkasakan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan hawa dengan menyediakan persekitaran selamat dan kondusif.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-akta-840-tangani-gangguan-seksual-sedia-persekitaran-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:29 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyifatkan penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), sebagai akta khusus untuk menangani kesalahan gangguan seksual untuk memperkasakan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan hawa dengan menyediakan persekitaran selamat dan kondusif.

Penguatkuasaan akta ini sudah dilaksanakan secara berperingkat, pada 28 Mac lalu yang membabitkan takrifan gangguan seksual dan elemen kesedaran, pendidikan serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.

Menterinya, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, pada 2022, Selangor merekodkan 127 kes gangguan seksual, iaitu 114 kes atau 90 peratus membabitkan gangguan seksual terhadap wanita.

Katanya, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukkan jumlah kes gangguan seksual dilaporkan meningkat daripada 378 kes pada 2020 kepada 506 kes pada 2021.
“Meskipun, kes dilaporkan membabitkan lelaki dan perempuan, data menunjukkan majoriti kes dilaporkan membabitkan pemandiri wanita berbanding lelaki.

“Ini hanya data rasmi berdasarkan laporan kes diterima, saya percaya banyak lagi kes tidak dilaporkan kerana malu, segan dan tidak tahu bagaimana untuk melaporkan kes.

“Justeru, diharapkan agar menerusi akta khusus sudah dikuatkuasakan pada Mac lalu dapat membantu pemandiri untuk tampil melaporkan kejadian gangguan seksual supaya tindakan dapat diambil dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perasmian Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Anti Gangguan Seksual peringkat Negeri Selangor di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), baru-baru ini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Aug 2023 1.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM