Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Program Townhall Pemerkasaan Modal Insan Dan Sahsiah Diri Bersama Mdn

Diterbitkan: 09 Aug 2023 3.15 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 9 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, hari ini hadir ke sesi Program Townhall Pemerkasaan Modal Insan dan Sahsiah Diri bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Ideal Convention Centre, Selangor, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-program-townhall-pemerkasaan-modal-insan-dan-sahsiah-diri-bersama-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT
Shah Alam, 9 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, hari ini hadir ke sesi Program Townhall Pemerkasaan Modal Insan dan Sahsiah Diri bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Ideal Convention Centre, Selangor, di sini, petang tadi.

Program kolaborasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia itu turut menampilkan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay selaku panel jemputan bagi berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatan beliau dalam Pasukan.

Arena diskusi petang tadi juga menjadi wadah MDN mempromosikan peluang kerjaya di jabatan mahupun agensi di bawah KDN yang terbuka luas kepada golongan mahasiswa.

Dalam program tersebut turut diadakan pameran dari agensi-agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia, antaranya Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan.

Seusai program, Tan Sri Razarudin bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra dengan para peserta program.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, barisan ketua jabatan agensi kerajaan, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan bersama timbalannya, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri


Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais dan bilik berita

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Mungkin imej satu orang atau lebih, orang ramai dan teks

Mungkin imej 2 orang

Mungkin imej 3 orang, obo, biola, bermain seruling, klarinet dan teks

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks



ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2023 3.15 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM