Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ai Disalah Guna Sebar Ideologi Keganasan Rekrut Ahli Baharu

Published: 05 Aug 2024 6.38 AM Updated: 15 Aug 2026 6.50 PM
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 – Kumpulan pengganas antarabangsa dikesan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperluaskan penyebaran ideologi dan propaganda serta menarik penyertaan anggota baharu, khususnya golongan muda.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ai-disalah-guna-sebar-ideologi-keganasan-rekrut-ahli-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 – Kumpulan pengganas antarabangsa dikesan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperluaskan penyebaran ideologi dan propaganda serta menarik penyertaan anggota baharu, khususnya golongan muda.
Strategi itu dikesan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), yang sebelum ini turut mengenal pasti media sosial dan permainan video dalam talian digunakan sebagai saluran terkini pengganas menyedia dan menyebar bahan berunsur radikal serta ekstrem.
Berdasarkan kajian dan analisis agensi di bawah Kementerian Luar itu, kumpulan pengganas menggunakan AI untuk memprogramkan propaganda dalam pelbagai bahasa yang disesuaikan dengan keadaan sosiolinguistik sasaran mereka.
Ketua Pengarah SEARCCT, Dato’ Ganeson Sivagurunathan, mengakui cabaran keganasan dan ekstremisme adalah dinamik dan berevolusi yang perlu dihadapi, termasuk oleh rakyat di negara ini seiring perkembangan teknologi.
“Penyalahgunaan teknologi baharu oleh pengganas menimbulkan cabaran besar, bukan hanya di Malaysia tapi turut dihadapi komuniti global,” katanya kepada Berita Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 05 Aug 2024 6.38 AMUpdated 15 Aug 2026 6.50 PM