
Artikel
Video Tular Sekumpulan Lelaki Bermotosikal Mengejar Sebuah Kenderaan Van Jenazah
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof
VIDEO TULAR: SEKUMPULAN LELAKI BERMOTOSIKAL MENGEJAR SEBUAH KENDERAAN VAN JENAZAH
"Pada 4 Ogos 2024, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terkesan satu video memaparkan sebuah kenderaan van jenazah telah dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal dan mendakwa van tersebut telah dicuri dan terlibat dengan kes pecah rumah."
"Beliau telah tersalah alamat dan terpaksa memandu perlahan sehingga menyebabkan salah faham sebelum ditahan serta dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal membawa senjata kayu dan besi yang menuduh beliau memandu kenderaan curi dan terlibat kes pecah rumah."
"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah) dan siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof
