
Article
Keratan Akhbar Pilihan 847 Kenderaan Bernilai Rm19 8 Juta Dirampas
Kuala Lumpur, 4 Jun 2023 - Sindiket curi kenderaan tumpas selepas polis melaksanakan serbuan dalam Operasi Lejang Khas dengan merampas 847 kenderaan bernilai R...
Kuala Lumpur, 4 Jun 2023 - Sindiket curi kenderaan tumpas selepas polis melaksanakan serbuan dalam Operasi Lejang Khas dengan merampas 847 kenderaan bernilai RM19.8 juta.
Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melaksanakan operasi itu yang bertujuan menumpaskan sindiket curi kenderaan bagi tempoh bermula Januari hingga April 2023.
Menurutnya, sehubungan itu, Bahagian D4 melaksanakan sebanyak 1,049 serbuan membabitkan tangkapan seramai 1,225 orang dan rampasan wang tunai sebanyak RM502,865.
"Dianggarkan jumlah nilai rampasan kenderaan adalah sebanyak RM19.8 juta bagi 847 kenderaan.
“Secara keseluruhan operasi yang dijalankan berjaya menyelesaikan 1,658 kes dan daripada jumlah itu 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan telah berjaya dituduh,” katanya.