
Hari ini pada 3 Jun 2014, Lapan penjelajah utama Projek Kelab Ekspedisi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) FELDA Greenland selamat tiba di bumi Malaysia setelah berjaya menghabiskan misi selama 27 hari merentasi Greenland.
Misi yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta tersebut turut disertai oleh dua anggota Unit Tindakhas, Polis Diraja Malaysia, Lans Koperal Yanizam Mohd Supiah dan Lans Koperal Mohd Shaiful Hisyam Abd Aziz.